Tuesday, 22 March 2011

Sejarah Pusat Sumber SK Menumpang

Pusat Sumber Sekolah dibuka seawal tahun 1976 setelah Sekolah Kebangsaan Menumpang  dibuka secara rasmi pada 4 Januari 1971. Pusat Sumber sekolah pada awalnya diterajui oleh Cikgu Sylvester Engkuah. Pusat Sumber pada ketika itu beroperasi di bangunan bilik ubahsuai yang mempunyai ruang yang sangat terhad. Kemudiannya pusat ini dipindahkan ke bangunan rumah guru pada tahun 2005. Pada tahun 2007, sekali lagi pusat sumber dipindahkan ke bangunan konkrit sekolah yang baru di bawah pengurusan Cikgu Saniah Arip.

Perubahan demi perubahan menjadikan pusat sumber SK Menumpang berkembang secara berperingkat. Walaupun pusat sumber ini beroperasi di bilik ubahsuai yang mempunyai ruang yang terhad namun lokasinya yang strategik memudahkan para murid dan guru mendapatkan maklumat dan ilmu yang ada.  Semoga pusat sumber SK Menumpang semakin berkembang dan berupaya memenuhi visi yang diharapkan.

No comments:

Post a Comment